Powershot A400
Powershot A400

Powershot A400

Canon Powershot A400 adalah kamera digital yang disasarkan pada tahap permulaan. Powershot A400 memiliki 3 megapiksel dan kanta zum optik 2.2x. Ia disasarkan kepada sesiapa yang gemarkan bergambar secara sosial, gambar semasa percutian, perhimpunan sosial dan bergambar bagi album keluarga. Powershot A400 agak mudah digunakan dan anda boleh mula mengambil gambar dengannya sebaik sahaja dikeluarkan dari kotak dan mengisi bateri dan kad ingatannya yang turut disertakan bersama. Kamera ini merupakan peningkatan pada Canon Powershot A310. Peningkatan utama dari model itu adalah pengenalan kanta zum dan binaan yang lebih baik. Powershot A400 menghasilkan gambar luar rumah yang baik standing dengan model lain. Gambar portrait dalam bilik mungkin menunjukkan mata merah, tetapi terdapat fungsi pengurangan mata merah yang mampu mengurangkannya. Powershot A400 menghasilkan gambar yang memiliki warna gambar yang baik, pada tahap makro dan cahaya malap.